Site icon Motion Digest Network

Kecekapan Anywheel dalam Perkara Keselamatan Menjadi Peneraju Sistem Mobiliti di MALAYSIA

Anywheel Malaysia USM students rides electric scooter with safety briefing conducted at SPICE Convention Centre Penang university students low carbon campus sustainable urban mobility

Para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) didedahkan dengan penggunaan e-skuter untuk kali pertama dan taklimat keselamatan diberikan oleh Anywheel Malaysia di SPICE Convention Centre, Bayan Baru, Penang.

Apabila berbicara soal keselamatan, pastinya tajuk ini ke arah pelbagai cabang. Sesungguhnya, ramai manusia peka dengan isu-isu keselamatan, tetapi adakah mereka menyedari bahawa penggunaan pengangkutan awam juga tertakluk pada perkara keselamatan? 

Selama bertahun-tahun, kedudukan sosio-ekonomi di Malaysia telah berganjak secara dramatik, maka kemudahan pengaksesan terhadap pengangkutan menjadi prinsip utama demi mengubah tahap mobiliti sosial. Pengangkutan mampu memudahkan perjalanan harian seperti menuju ke tempat kerja, sekolah dan pusat kesihatan. Memiliki sistem pengangkutan awam yang baik amat bermakna kerana hampir 75% kawasan di Malaysia merupakan kawasan bandar dan dalam ramalan perkara ini akan terus meningkat. Tanpa pengangkutan yang boleh diharap, isi rumah warga bandar yang berpendapatan rendah juga dikenali sebagai B40 berada dalam kegawatan untuk menggarap peluang yang lebih luas dan hal ini berpotensi menghalang mereka dari memajukan impian sosio-ekonomi negara ini.

Lantaran itu, Datuk Bandar Bandar Raya Pulau Pinang iaitu Datuk Yew Tung Seang telah mengumumkan projek perintis penggunaan e-skuter semasa Forum Bandar Asia-Pasifik Ketujuh (APUF-7) yang berlangsung di SPICE Convention Centre, Bayan Baru, Penang pada 15 Oktober 2019. Pendekatan ini merupakan usaha sama antara Syarikat Anywheel Sdn Bhd dan Urbanice Malaysia untuk meneruskan prestasi mobiliti bandar di Malaysia dengan menyalurkan peranti mesra alam yang mampan seperti e-skuter dan basikal. 

Keselamatan merupakan teras terhadap semua penyedia perkhidmatan transit termasuklah mod pengangkutan awam yang terbaharu seperti perkongsian kereta, perkongsian basikal dan perkongsian e-skuter. Di Amerika Syarikat dan Kanada, rekod kadar kemalangan trafik merupakan sepuluh kali ganda lebih tinggi dalam kalangan pemandu kereta berbanding dengan penumpang transit. Jelaslah bahawa pengambilan pengangkutan awam turut menjadi penyumbang rekod sifar kemalangan trafik di atas jalan raya.

https://motiondigest.com/wp-content/uploads/2020/03/Anywheel-Malaysia-Operations-team-sanitise-scooters-at-One-Precinct-Bayan-Baru-Penang-Covid-19.mov

Sejak penubuhannya di Malaysia, Pasukan Operasi Anywheel kerap melakukan pembersihan pada e-skuter dan basikal

Pengarah Syarikat Anywheel Malaysia, En. Johan Sammy berkata

“e-skuter kami ialah peranti perjalanan jarak pendek yang bebas berisik dan pelepasan karbon, sangat mudah dikendalikan untuk meneroka ke destinasi pilihan”. Namun, beliau menambah “pengguna perlu sentiasa berwaspada di atas jalan raya, mematuhi peraturan dan langkah keselamatan, kadangkala terdapat penunggang motosikal yang melulu, tidak menuruti lampu isyarat”. 

https://motiondigest.com/wp-content/uploads/2020/03/Anywheel-Malaysia-Bayan-Baru-SPICE-operations-team-sanitise-scooters-covid-19.mp4

Proses harian, Pasukan Operasi Anywheel membersihkan e-skuter di kawasan parkir SPICE Convention Centre, Bayan Baru, Penang.

Anywheel sangat prihatin terhadap perkara keselamatan yang melitupi peranti, pekerja dan pengguna, berikut merupakan kandungannya:

https://motiondigest.com/wp-content/uploads/2020/03/Anywheel-Malaysia-Shah-Alam-operations-sanitise-bicycles-covid-19.mov

Pemeriksaan dijalankan oleh Pasukan Operasi Anywheel di Shah Alam secara berkala demi memastikan pematuhan keselamatan.

Sebagai rumusan, dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020 pada 18 Mac 2020, Anywheel telah mengehadkan bilangan e-skuter dalam peredaran bandar itu bagi memastikan pengguna tetap mereka masih mempunyai mod pengangkutan itu untuk bekerja. En. Johan Sammy berkata 

“Walaupun PKP telah dilaksanakan, segelintir orang awam masih mengakses e-skuter kami untuk melakukan perjalanan jarak pendek antara 300-500m, dari rumah ke tempat kerja di Bayan Baru”.

Seterusnya, beliau menggalakkan pengguna untuk kekal fokus dan sedar dengan pandemik yang berlaku di Malaysia pada waktu ini dan tegas menyarankan

“pengguna harus memakai topeng muka dan sarung tangan apabila menaiki e-skuter kami. Setelah, selesai menunggang, gunakan pembersih tangan atau basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun”

Exit mobile version