Anywheel x Urbanice Malaysia Melancarkan Program Sewaan Berpatutan kepada Vendor Makanan Tempatan

JT Food catering from Batu Maung using Anywheel e-scooter for food delivery in Batu Maung, Penang electric mobility sustainable transportation covid-19 lockdown MCO

Vendor Makanan Tempatan Boleh Bangkit Kembali Melalui Penyediaan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Penang, 05 May: Malaysia telah melumpuhkan penularan Covid-19 melalui pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat dan penemuan vaksin mungkin memakan masa setahun.

Penguatkuasaan PKP di peringkat pencegahan dan pemulihan ini menjadi semakin tegang. Semua tempat makan seperti kenderasaji, pasar lambak dan penjaja tepi jalan di serata Malaysia terpaksa tutup. Pengusaha gerai makan yang kebiasaanya memasak untuk kejiranan mereka kini berpayah untuk menyara keluarga masing-masing. Majoriti pengusaha gerai makan ini tiada unsur pendapatan lain dan hanya menjana kewangan mereka dengan berniaga makanan. Maka, mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan harian demi melangsungkan kehidupan, malahan sesetengahnya kini hanya mengharapkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat 2020 (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020.

Pembayaran sewaan premis yang diteruskan seperti biasa juga menjadi beban kepada mereka yang mempunyai gerai makan sendiri. Syarat pengecualian bayaran tidak dapat digunakan di seluruh negeri, misalnya para pengusaha gerai di PPR Seri Anggerik, Petaling Jaya berkata

“Kami perlu membayar sewa bulanan RM30 kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jumlahnya tidak besar, namun kini kami tidak mampu membayarnya. Kami masih menunggu perutusan rasmi DBKL untuk menangguhkan bayaran sewa”.

Sumber: Free Malaysian Source

Semasa PKP Fasa 2, kerajaan telah memberikan kelonggaran syarat bahawa premis makanan boleh dijalankan tetapi hanya menyediakan perkhidmatan bawa pulang atau penghantaran makanan, selain itu premis makanan dan syarikat perkhidmatan penghantaran perlu mematuhi syarat operasi iaitu bermula pada jam 8 pagi sehingga 8 malam sahaja. Perkhidmatan penghantaran makanan amat penting pada waktu ini untuk mengelakkan kesesakan dan dapat mengamalkan jarak sosial yang selamat.

Sewaan e-Skuter RM3 Sehari

Pada masa yang sama, Anywheel Malaysia telah menawarkan sewaan e-skuter dan basikal mereka kepada vendor makanan tempatan. Program ini mampu membantu peniaga yang mempunyai isu mobiliti melalui pemilihan mod penghantaran makanan, sama ada mereka mahu menguruskannya secara persendirian dengan menggunakan peranti Anywheel atau bergantung pada syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang tersedia.

Vendor Makanan tempatan di Tanjung Tokong

Caj sewaan peranti tersebut sangat berpatutan dengan hanya RM3 sehari. Pengubahsuaian terkini telah dilakukan dengan memasang bakul pada e-skuter, oleh itu peniaga dapat mengisi barangan seberat 5kg dan tidak perlu menggalas bag yang besar semasa menunggangnya. Rekomendasi penggunaan peranti tersebut adalah untuk perkhidmatan penghantaran makanan jarak pendek iaitu dalam lingkungan 2km dengan had laju maksimum 25km/jam.

Lokasi operasi sewaan, ketika ini:

  • Tanjung Tokong
  • Batu Maung
  • Georgetown
  • Bayan Baru

Terdapat beberapa vendor makanan tempatan yang telah berjaya mencapai peluang tersedia ini, antaranya AB Corner, Cakoji Burger dan D’Tomato Street dari Tanjung Tokong, JT Food dari Batu Maung, Hai Nan Town dari Georgetown, Poh Hock Cafe dan Jia Xian Restaurant dari Bayan Baru.

En Johan Sammy, Pengarah Anywheel Malaysia berkata

“Perkara ini sangat berinspirasi apabila melihat mereka terus menyediakan aneka makanan dan berkhidmat dengan baik terhadap komuniti di sekitar mereka. Oleh itu, kita harus bersama menyokong peniaga tempatan di kawasan kejiranan kita dengan membeli membeli produk mereka”.

Bekerjasama dengan sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran tempatan

Selain itu, Anywheel juga bekerjasama dengan sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran tempatan dengan mengagihkan e-skuter kepada pekerja mereka untuk menghantar makanan kepada pelanggan di kawasan Georgetown. Panduan keselamatan telah diberikan kepada
mereka semasa hari pertama penyerahan e-skuter. Projek percubaan itu bermula pada 24 April sehingga 31 Mei 2020. Maka, jelaslah bahawa perkara ini dapat memajukan mobiliti-mikro dalam perkhidmatan penghantaran jarak pendek sebagaimana syarat PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu perkhidmatan penghantaran tidak boleh melebihi 10km.

Perkhidmatan ini bukan sahaja terhad di Malaysia, malah Anywheel turut menawarkan pakej yang sepadan di Singapura dan Thailand. Namun begitu, kadar sewaan akan berbeza mengikut negeri masing-masing.

Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi melalui e-mel Johan@anywheel.sg atau WhatsApp 013-7342207.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.