e-basikal yang berharga kurang dari RM1000 di Malaysia

Electic bicycle in Malaysia below RM1000 USD200 SGD333 advertised in Lazada

e-basikal dengan harga yang berpatutan untuk perjalanan jarak dekat

Kemelut COVID-19 masih lagi menguasai dunia, setiap pentadbir negara sedang membendung penularan wabak itu sambil menghindari penurunan aktiviti ekonomi yang dramatik. Demi mengelakkan kejatuhan sektor kewangan, menguruskan aset, melindungi pekerjaan dan mata pencarian, tindak balas dasar ekonomi dilaksanakan apabila wabak itu menunjukkan tanda-tanda mereda. Kini, kerajaan Malaysia sudah melancarkan fasa penjanaan semula ekonomi dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020 supaya penyusunan semula struktur ekonomi mampu dipacu ke landasan yang betul kelak. Prosedur operasi piawaian (SOP) yang ketat dan komprehensif telah ditetapkan oleh kerajaan terhadap seluruh sektor ekonomi, tetapi hal yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia adalah pekerja yang menggunakan pengangkutan awam pada setiap hari dengan jarak perjalanan kurang dari 5 km. Apabila bersesak di dalam pengangkutan rel atau bas awam, mereka akan berisiko tinggi untuk menerima jangkitan virus itu.

Mobiliti yang Selamat

Salah satu cara yang dapat mengatasi masalah penyebaran wabak melalui sistem pengangkutan awam adalah dengan menukar ke mod pengangkutan yang lebih selamat dan kurang berisiko. Basikal dilihat sebagai mod berulang-alik untuk perjalanan jarak dekat yang efisyen kerana berbasikal merupakan aktiviti tunggangan bersendirian yang membuatkan pengguna jauh daripada orang lain dan benda yang mungkin disentuh oleh orang lain. Apabila dipasangkan dengan motor elektrik, e-basikal dapat membuat perjalanan panjang menjadi pengalaman yang santai dan bebas peluh.

Berdasarkan portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), e-basikal dengan bantuan pedal, dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 250W, berkelajuan pada 25km sejam dan digunakan untuk jarak pendek telah dikelaskan dalam kumpulan yang sama dengan basikal konvesional.

Bike Scholar – e-basikal dilengkapi dengan motor berkuasa 240W, Bateri jenis Ion-Litium 48V 8Ah, saiz tayar 16″. Had kelajuan 20km/j dengan jarak maksimum 35km.
Harga runcit RM1800.

Kelebihan e-basikal

  • Tidak memerlukan lesen motosikal untuk menunggang e-basikal.
  • Tidak memerlukan pendaftaran kenderaan dengan JPJ.
  • Had kelajuan yang selamat dan jarak yang baik untuk perjalanan jarak dekat.

E-basikal juga telah menjadi kegemaran belia sebagai mod pengangkutan peribadi di Vietnam dengan mencatatkan pembelian sebanyak 2.5 juta unit pada tahun 2015. Di Malaysia, kita dapat menyaksikan peningkatan penggunaan e-basikal di kawasan kejiranan, serta penimbunan bekalan dan pilihan produk yang terdapat di pasaran dalam talian.

Perbandingan e-Basikal di pasaran Malaysia

E-basikal adalah rangka basikal yang terdiri dari tiga komponen utama:
• Bateri jenis Plumbum-Asid, Ion-Litium atau Polimer Litium.
• Motor elektrik.
• Mod pecutan dengan bantuan pedal atau pendikit.

ATV Malaysia electric bicycle 2 seater less than RM1000 2 years warranty
ATV jenama terkenal menawarkan tawaran terbaik untuk e-basikal 2 tempat duduk, dilengkapi dengan harga kurang dari RM1000

Berdasarkan komponen yang telah dinyatakan, pengguna disarankan untuk membuat kajian mengenai produk yang terbaik sebelum membeli. Seterusnya, pengguna boleh menilai sendiri spesifikasi dan kualiti produk e-basikal dengan harga mampu milik (di bawah RM1000) berpandukan perbandingan jenama dan model yang terdapat di pasaran Malaysia.

JenamaATV STYLEAMGOMDCT-Bike
Model 2Use BikeE-BikeNeoE-Bike
HargaRM899RM898RM950RM950
Pelan Ansuran6 bulan x RM1496 bulan x RM1496 bulan x RM1586 bulan x RM158
Waranti2 tahun
(motor sahaja)
tiada1 tahun (motor sahaja)1 bulan
Kuasa Motor Elektrik350W300W350W350W
Mod pecutanPedalPendikitPendikitPendikit
Berat Kasar48kg48kg52kg60kg
Berat Muatan Maksimum100kg100kg150kg150kg
Kelajuan Maksimum20km/j20km/j35km/j35km/j
Jarak 20 – 40km20 – 40km20 – 40km35 – 45km
Sudut Kecerunan20°25°20°30°
Jenis BateriPlumbum-Asid (kekal)Plumbum-Asid (kekal)Plumbum-Asid (kekal)Plumbum-Asid (kekal)
Kapasiti Bateri48V 12Ah48V 12Ah48V 12Ah48V 12Ah
Tempoh Mengecas3 – 5 jam3 – 4 jam4 jam8 jam
Saiz & Jenis Tayar14 inci tanpa tiub14 inci tanpa tiub14 inci tanpa tiub14 inci tanpa tiub
Bil Tempat Duduk2222
Alat KeselamatanLampu LED (hadapan), lampu reflektor (belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurianLampu LED (hadapan), lampu reflektor (belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurianLampu LED (hadapan), lampu reflektor (belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurian, sensor penggera, honLampu LED (hadapan dan belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurian, sensor penggera, hon
Penyimpanan BarangRaga (hapadan)Raga (hapadan)Raga (hapadan)Raga (hapadan)
Boleh DilipatTidakTidakTidakTidak
Berasaskan AplikasiTidakTidakTidakTidak
Kunci PencucuhanYaYaYaYa
Alat Kawalan JauhTidakTidakTidakTidak
Semua spesifikasi yang tertera adalah seperti yang diiklankan oleh penjual. Harga dan spesifikasi produk yang ditawarkan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Sumber Kuasa – Bateri

Purata e-basikal di bawah RM1000 boleh menempuh jarak sekitar 30 hingga 40km mengikut spesifikasi tertentu. Semua model itu menggunakan bateri berasaskan Plumbum-Asid, dan bateri jenis ini menghasilkan prestasi bateri yang baik tetapi memendekkan jangka hayat kerana kakisan grid pada plat positif dan had voltan rendah dikenakan sulfasi pada plat negatif.

Bateri jenis Plumbum-Asid.

Berat bateri jenis Plumbum-Asid mencecah 3 hingga 5kg dengan bingkai basikal berkisar antara 40 hingga 60kg. Salah satu bateri yang tahan lasak adalah jenis Ion-Litium, namun model yang menggunakan bateri jenis ini boleh didapati pada lingkungan harga RM1000 hingga RM2000.

Bateri jenis Ion-Litium

Bateri jenis Ion-Litium adalah ringan, operasi voltan yang unggul dan tahan lama. Secara umum, lokasi motor berada di hub roda (hadapan atau belakang) atau dek pemijak (lebih rapat dengan pedal). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan pertimbangan yang tersendiri.

Pendikit atau Bantuan Pedal

Mod pecutan yang ditemui adalah melalui bantuan pedal dan pendikit. Melalui bantuan pedal dapat menggabungkan kekuatan sendiri dan motor. Bantuan pedal biasanya diaktifkan menggunakan paparan, dan biasanya terdapat 4 tahap bantuan (semakin tinggi bantuan, semakin banyak fungsi yang ditawarkan). Pendikit sama seperti kapcai, yang mana perlu memutar pendikit untuk pecutan dan tidak perlu mengayuh.

AMGO e-bike menggunakan mod percutan pendikit dengan 3 tahap had kelajuan. Pengguna boleh menukarkan tahap berdasarkan pilihan kelajuan
Xiaomi mijia qicycle folding electric bike pure pedal assist bicycle
Xiaomi Mijia Qicycle elektrik basikal menggunakan mod pecutan bantuan pedal

Kenapa rakyat Malaysia lebih cenderung ke arah penggunaan e-basikal?

Maklumat telah dikumpul berdasarkan ulasan setiap pengguna model itu dan berikut merupakan aspek yang dapat mendorong keyakinan masyarakat Malaysia untuk memiliki sebuah e-basikal:

AZ e-bike – kedai e-basikal yang terletak di Klang yang menawarkan pelbagai produk e-basikal dan sokongan selepas jualan
  • Menggalakkan penjimatan yang optimum kerana lebih murah berbanding membayar petrol kenderaan seperti motosikal dengan bilangan komponen bergerak yang kurang pada e-basikal berbanding motosikal. Tambahan pula, kos penyelenggaraan yang minimum dengan hanya perlu mengganti bateri e-basikal setelah mencapai 600 kali pusingan pengecasan penuh.
  • Penyediaan buku panduan yang lengkap untuk pemasangan sendiri komponen e-basikal apabila membuat pembelian atas talian atau siap dipasang apabila membeli terus di kedai.
  • Perkhidmatan penghantaran atas talian ke serata negeri dan kebanyakannya tersedia melalui aplikasi e-dagang yang terkemuka seperti Lazada dan Shopee.
  • Spesifikasi reka bentuk yang selesa dengan keperluan keselamatan yang teguh sesuai untuk perjalanan jarak pendek dan mendaki bukit. Meringankan beban golongan suri rumah, penghantar makanan dan pelajar sekolah untuk membawa barangan berat seperti barangan runcit, pesanan makanan dan beg sekolah.
  • Meningkatkan stamina dan produktiviti semasa berekreasi atau berulang-alik ke tempat kerja.
Model yang sangat popular diiklankan di Lazada dengan 69 pembeli memberikan penilaian yang baik

Tidak semua orang gemar berbasikal tetapi mereka lebih gemar untuk e-berbasikal

Kesimpulannya, pelaksanaan PKPB perlu sehala dengan polisi kesihatan dan keselamatan yang intensif agar kadar kes jangkitan pandemik dapat dikurangkan. Penghuraian dalam segmen ini jelas membuktikan bahawa e-basikal sebagai mod pengangkutan yang selamat dari jarak jauh, dapat mengubah gaya hidup terkini dan mempunyai evolusi tersendiri seperti kereta, serta memudahkan perjalanan di kawasan bandar tanpa mencemarkan alam sekitar. Memutuskan sama ada pemilikan e-basikal itu lumayan atau tidak akhirnya bergantung kepada pengguna dan kaedah terbaik untuk menilai e-basikal itu adalah dengan menunggangnya. Nantikan artikel kami seterusnya yang mana kami membandingkan spesifikasi produk e-basikal pada harga RM1000 hingga RM2000 dan bagaimana penjimatan kos terjadi apabila menggunakannya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.