Site icon Motion Digest Network: Leading Urban Transformation

ASCENT FLIGHTS GLOBAL TERUS GAH SEBAGAI MOBILITI PERKONGSIAN UDARA BANDAR DI ASIA TENGGARA

ascent mobility aircraft ride sharing in Southeast Asia Urban air mobility

Helikopter Ascent Berkhidmat Atas Permintaan Pelanggan, Berangkat Di Thailand Untuk Menjaga Keselamatan Dan Kesihatan Orang Awam

Bangkok, 11 Jun: Ascent Flights Global Pte. Ltd. melalui anak syarikatnya, Ascent Mobility Thailand (Ascent) bekerjasama dengan perintis nasional dan pengendali helikopter yang terkemuka, Si-Chang Flying Service Co. Ltd. (SFS Aviation) dan Advance Aviation Co. Ltd. (Advance Aviation) mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan perkhidmatan helikopter atas permintaan di Thailand pada tahun ini.

Perihal Ascent, SFS Aviation dan Advance Aviation

Ascent adalah perkhidmatan mobiliti udara bandar berteknologi tinggi yang pertama di Asia. Berdasarkan permintaan pelanggan, perkhidmatan helikopter yang dirancang ini dapat menjadikan bandar lebih terhubung dengan menggerakkan orang awam secara selamat, lancar dan berpatutan melalui laluan udara dengan menggunakan helikopter terkini dan eVTOL pada masa akan datang. Ascent sudah beroperasi di Filipina dengan penerbangan sebanyak 15 hab aktiviti termasuk lapangan terbang antarabangsa, daerah pusat perniagaan dan destinasi riadah yang terkenal. Pengguna dapat melengkapkan perjalanan mereka dengan memanfaatkan perkhidmatan tambah nilai termasuk pengangkutan bagasi dan transit.

Penerbangan dikendalikan oleh pengendali kelas dunia seperti INAEC Aviation Corp di Filipina, Advance Aviation dan SFS Aviation di Thailand, serta memastikan operasi piawaian dan keselamatan yang tertinggi. Ascent sangat komited untuk meneutralkan jejak karbon melalui perkongsian penerbangan yang cekap bahan api dan perimbangan karbon dengan UNFCCC yang dimangkinkan dengan kemasukan pelepasan rendah eVTOL. Ascent mempunyai ibu pejabat syarikat di Singapura dan telah melancarkan operasinya di bandar-bandar Filipina termasuk Manila.

Seterusnya, SFS Aviation Co. Ltd. adalah sebahagian dari kumpulan perniagaan keluarga di bawah hak milik syarikat keluarga Ratanarat. Ditubuhkan pada tahun 1990, SFS Aviation adalah penyedia pertama milik Thailand dalam Perkhidmatan Helikopter Luar Pesisir bagi Syarikat Minyak dan Gas di Thailand. SFS Aviation sangat berbangga dengan rekod prestasi Sifar Kemalangan sejak penubuhannya sehingga hari ini. Mereka mempunyai armada Sikorsky S-76 C+ dan AgustaWestland AW139. SFS Aviation adalah Pusat Servis Sah Helikopter Leonardo dan Penjual Alat Ganti untuk Thailand dan Myanmar. Keselamatan, kebolehpercayaan perkhidmatan dan responsif pelanggan adalah kualiti penting yang menarik pelanggan dan menyokong pertumbuhan perniagaan. SFS Aviation berusaha untuk memberi jaminan kualiti ini melalui pematuhan pada piawaian yang sempurna, promosi yang hebat dan kepemimpinan yang dapat disesuaikan dengan budaya untuk memacu syarikat di bawah falsafah utamanya.

Akhir sekali, Advance Aviation bermula pada tahun 2007 sebagai penguasa helikopter VIP Thailand yang pertama beroperasi di Bangkok. Mereka menjadi penguasa helikopter awam yang terbesar di negara tersebut dari segi saiz armada, bahagian perkhidmatan pasaran dan pelanggan selama tiga tahun beroperasi. Advance Aviation menawarkan rangkaian ke seluruh negara dengan berpangkalan di Bangkok, Phuket, Chiang Mai dan kekal sebagai satu-satunya penguasa helikopter VIP yang terulung di Thailand. Keselamatan sering menjadi keutamaan Advance Aviation yang mengendalikan pemenang anugerah Helikopter Airbus secara eksklusif dengan kemudahan yang canggih dan diterbangkan oleh juruterbang yang sangat berpengalaman. Advance Aviation turut bertindak untuk mengembangkan program penyelenggaraan pada Helikopter Airbus Asia Tenggara. Penyelenggaraan harian dijalankan secara dalaman oleh kakitangan Helikopter Airbus yang diiktiraf dengan fasiliti yang lengkap untuk memastikan keselamatan pelanggan berada pada tahap maksimum.

Kelebihan Perkhidmatan Penerbangan Bersama Ascent

Pelanggan kini dapat memanfaatkan penerbangan helikopter peribadi dengan tempat duduk khas untuk menuju ke pusat aktiviti seperti Bangkok, Chonburi, dan Rayong untuk perniagaan atau Hua Hin dan Pattaya untuk bersantai. Dengan Ascent, pelanggan dapat melangkau trafik dan mengakses ke lokasi terpencil dalam beberapa minit, bebas orang ramai dengan persekitaran yang selesa, terutamanya ketika penyekatan COVID-19 dilakukan oleh kerajaan. Oleh itu, dengan melayani hab ini, Ascent berhasrat untuk menyumbang pada pertumbuhan perniagaan dan ekonomi sejajar dengan Koridor Ekonomi Timur (EEC), Thailand 4.0 dan inisiatif Smart City. Melalui kerjasama dengan pengendali helikopter perintis yang terkemuka, Advance Aviation dan SFS Aviation, pengguna penerbangan Ascent akan dapat mengawal semula masa dan meningkatkan kesejahteraan mereka dengan menempah penerbangan terus dari telefon bimbit mereka, yang mana harga bermula dari 8,000 THB untuk setiap tempat duduk. Penumpang juga dapat menaiki pesawat dikurasi, iaitu berdasarkan protokol keselamatan COVID-19 seperti peningkatan sistem pembersihan pesawat dan pemeriksaan kesihatan secara kerap pada anak kapal.

En. Lionel Sinai-Sinelnikoff, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ascent berkata,

Dinamisme di Bangkok yang digabungkan dengan konteks terkini menjadikan mobiliti sebagai cabaran hebat untuk komuniti perniagaan, komuter dan pelancong. Ini seterusnya mempengaruhi ekonomi, persekitaran dan kesejahteraan orang ramai terutamanya dalam situasi tersebut. Di samping itu, inisiatif ekonomi untuk orang awam seperti EEC memerlukan penyelesaian mobiliti yang maju. Dengan Ascent, kami percaya bahawa kami dapat meningkatkan pergerakan ke ruang atmosfera untuk menghubungkan lokasi dengan lebih baik dan melangkau trafik dengan lancar dan selamat. Kami teruja untuk membuka servis penerbangan Ascent bersama rakan perkongsian kami, Advance Aviation dan SFS Aviation yang mana telah memacu industri di Thailand sejak dahulu lagi dan kami akan memastikan pengguna kami bersama operasi piawaian dan tahap keselamatan tertinggi.

Thailand kini akan menjadi salah satu dari beberapa negara pertama di Asia yang menggunakan mobiliti udara bandar dengan Ascent bersama rakan perkongsiannya.

En. Chai Nasylvanta, Presiden dan CEO Advance Aviation berkata,

Mobiliti udara bandar telah menjadi aliran yang maju kebelakangan ini terutamanya dengan Ascent di Asia. Sejajar dengan fokus kami pada perkhidmatan penerbangan peribadi VIP, pelanggan kami kini dapat menguasai semula masa dengan membeli tempat duduk, seterusnya menjadikan perjalanan jarak jauh lebih jimat dan segalanya berada dalam persekitaran yang selamat. Ini menimbulkan pelbagai kemungkinan termasuk perjalanan lancar dengan helikopter dari Bangkok ke pangkalan kami yang berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi digabungkan dengan jet peribadi ke lokasi anda yang seterusnya.

En. Tisanu Ratanarat, CEO SFS Aviation menambah,

SFS Aviation telah mempelopori operasi helikopter di Thailand. Jadi, perkara ini amat wajar bagi kita untuk menyertai Ascent dalam memulakan fasa mobiliti seterusnya. Dengan pilihan penerbangan kami yang dibangunkan di Ascent, pengguna dapat membeli penerbangan SFS Aviation dengan lancar. Ini adalah penyelesaian mobiliti baharu untuk memperbanyakkan dan melengkapkan perkhidmatan kepada pelanggan kami yang sedia ada.

SFS menyokong segala perkhidmatan seperti minyak dan gas, penyewaan, ambulans udara dan mobiliti udara bandar yang semakin meningkat dengan pelbagai armada yang tersedia pada waktu ini.

Advance Aviation menawarkan 5 unit tempat duduk VIP. Kredit: https://www.advanceaviation.co.th/helicopter-photo-gallery/

Ascent menawarkan penerbangan atas permintaan di platform mereka yang mana pengguna boleh menempah dan memilih lokasi yang disenaraikan dengan melayari www.ascent.flights. Mereka juga boleh melengkapkan perjalanan mereka dengan memanfaatkan perkhidmatan tambah nilai termasuk pengangkutan bagasi dan transit. Perkara ini merupakan perkhidmatan lain yang boleh didapati terus dari platform tersedia. Ascent juga telah mula menawarkan pakej individu dan perniagaan yang boleh digunakan secara serantau dengan kadar dan perkhidmatan yang utama.

Exit mobile version