Feature
e-basikal yang berharga kurang dari RM1000 di Malaysia
e-basikal dengan harga yang berpatutan untuk perjalanan jarak dekat
Kemelut COVID-19 masih lagi menguasai dunia, setiap pentadbir negara sedang membendung penularan wabak itu sambil menghindari penurunan aktiviti ekonomi yang dramatik. Demi mengelakkan kejatuhan sektor kewangan, menguruskan aset, melindungi pekerjaan dan mata pencarian, tindak balas dasar ekonomi dilaksanakan apabila wabak itu menunjukkan tanda-tanda mereda. Kini, kerajaan Malaysia sudah melancarkan fasa penjanaan semula ekonomi dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020 supaya penyusunan semula struktur ekonomi mampu dipacu ke landasan yang betul kelak. Prosedur operasi piawaian (SOP) yang ketat dan komprehensif telah ditetapkan oleh kerajaan terhadap seluruh sektor ekonomi, tetapi hal yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia adalah pekerja yang menggunakan pengangkutan awam pada setiap hari dengan jarak perjalanan kurang dari 5 km. Apabila bersesak di dalam pengangkutan rel atau bas awam, mereka akan berisiko tinggi untuk menerima jangkitan virus itu.
Mobiliti yang Selamat
Salah satu cara yang dapat mengatasi masalah penyebaran wabak melalui sistem pengangkutan awam adalah dengan menukar ke mod pengangkutan yang lebih selamat dan kurang berisiko. Basikal dilihat sebagai mod berulang-alik untuk perjalanan jarak dekat yang efisyen kerana berbasikal merupakan aktiviti tunggangan bersendirian yang membuatkan pengguna jauh daripada orang lain dan benda yang mungkin disentuh oleh orang lain. Apabila dipasangkan dengan motor elektrik, e-basikal dapat membuat perjalanan panjang menjadi pengalaman yang santai dan bebas peluh.
Berdasarkan portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), e-basikal dengan bantuan pedal, dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 250W, berkelajuan pada 25km sejam dan digunakan untuk jarak pendek telah dikelaskan dalam kumpulan yang sama dengan basikal konvesional.
Bike Scholar - e-basikal dilengkapi dengan motor berkuasa 240W, Bateri jenis Ion-Litium 48V 8Ah, saiz tayar 16”. Had kelajuan 20km/j dengan jarak maksimum 35km.
Harga runcit RM1800.
Kelebihan e-basikal
- Tidak memerlukan lesen motosikal untuk menunggang e-basikal.
- Tidak memerlukan pendaftaran kenderaan dengan JPJ.
- Had kelajuan yang selamat dan jarak yang baik untuk perjalanan jarak dekat.
E-basikal juga telah menjadi kegemaran belia sebagai mod pengangkutan peribadi di Vietnam dengan mencatatkan pembelian sebanyak 2.5 juta unit pada tahun 2015. Di Malaysia, kita dapat menyaksikan peningkatan penggunaan e-basikal di kawasan kejiranan, serta penimbunan bekalan dan pilihan produk yang terdapat di pasaran dalam talian.
Perbandingan e-Basikal di pasaran Malaysia
E-basikal adalah rangka basikal yang terdiri dari tiga komponen utama:
• Bateri jenis Plumbum-Asid, Ion-Litium atau Polimer Litium.
• Motor elektrik.
• Mod pecutan dengan bantuan pedal atau pendikit.

ATV jenama terkenal menawarkan tawaran terbaik untuk e-basikal 2 tempat duduk, dilengkapi dengan harga kurang dari RM1000
Berdasarkan komponen yang telah dinyatakan, pengguna disarankan untuk membuat kajian mengenai produk yang terbaik sebelum membeli. Seterusnya, pengguna boleh menilai sendiri spesifikasi dan kualiti produk e-basikal dengan harga mampu milik (di bawah RM1000) berpandukan perbandingan jenama dan model yang terdapat di pasaran Malaysia.
Jenama
Model
2Use Bike
E-Bike
Neo
E-Bike
Harga
RM899
RM898
RM950
RM950
Pelan Ansuran
6 bulan x RM149
6 bulan x RM149
6 bulan x RM158
6 bulan x RM158
Waranti
2 tahun
(motor sahaja)
tiada
1 tahun (motor sahaja)
1 bulan
Kuasa Motor Elektrik
350W
300W
350W
350W
Mod pecutan
Pedal
Pendikit
Pendikit
Pendikit
Berat Kasar
48kg
48kg
52kg
60kg
Berat Muatan Maksimum
100kg
100kg
150kg
150kg
Kelajuan Maksimum
20km/j
20km/j
35km/j
35km/j
Jarak
20 - 40km
20 - 40km
20 - 40km
35 - 45km
Sudut Kecerunan
20°
25°
20°
30°
Jenis Bateri
Plumbum-Asid (kekal)
Plumbum-Asid (kekal)
Plumbum-Asid (kekal)
Plumbum-Asid (kekal)
Kapasiti Bateri
48V 12Ah
48V 12Ah
48V 12Ah
48V 12Ah
Tempoh Mengecas
3 - 5 jam
3 - 4 jam
4 jam
8 jam
Saiz & Jenis Tayar
14 inci tanpa tiub
14 inci tanpa tiub
14 inci tanpa tiub
14 inci tanpa tiub
Bil Tempat Duduk
2
2
2
2
Alat Keselamatan
Lampu LED (hadapan), lampu reflektor (belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurian
Lampu LED (hadapan), lampu reflektor (belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurian
Lampu LED (hadapan), lampu reflektor (belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurian, sensor penggera, hon
Lampu LED (hadapan dan belakang), brek dram, penyerap hentakan, kunci anti-kecurian, sensor penggera, hon
Penyimpanan Barang
Raga (hapadan)
Raga (hapadan)
Raga (hapadan)
Raga (hapadan)
Boleh Dilipat
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Berasaskan Aplikasi
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Kunci Pencucuhan
Ya
Ya
Ya
Ya
Alat Kawalan Jauh
Tidak
Tidak
Tidak
Tidak
Semua spesifikasi yang tertera adalah seperti yang diiklankan oleh penjual. Harga dan spesifikasi produk yang ditawarkan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.
Sumber Kuasa - Bateri
Purata e-basikal di bawah RM1000 boleh menempuh jarak sekitar 30 hingga 40km mengikut spesifikasi tertentu. Semua model itu menggunakan bateri berasaskan Plumbum-Asid, dan bateri jenis ini menghasilkan prestasi bateri yang baik tetapi memendekkan jangka hayat kerana kakisan grid pada plat positif dan had voltan rendah dikenakan sulfasi pada plat negatif.

Bateri jenis Plumbum-Asid.
Berat bateri jenis Plumbum-Asid mencecah 3 hingga 5kg dengan bingkai basikal berkisar antara 40 hingga 60kg. Salah satu bateri yang tahan lasak adalah jenis Ion-Litium, namun model yang menggunakan bateri jenis ini boleh didapati pada lingkungan harga RM1000 hingga RM2000.

Bateri jenis Ion-Litium
Bateri jenis Ion-Litium adalah ringan, operasi voltan yang unggul dan tahan lama. Secara umum, lokasi motor berada di hub roda (hadapan atau belakang) atau dek pemijak (lebih rapat dengan pedal). Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan pertimbangan yang tersendiri.
Pendikit atau Bantuan Pedal
Mod pecutan yang ditemui adalah melalui bantuan pedal dan pendikit. Melalui bantuan pedal dapat menggabungkan kekuatan sendiri dan motor. Bantuan pedal biasanya diaktifkan menggunakan paparan, dan biasanya terdapat 4 tahap bantuan (semakin tinggi bantuan, semakin banyak fungsi yang ditawarkan). Pendikit sama seperti kapcai, yang mana perlu memutar pendikit untuk pecutan dan tidak perlu mengayuh.

AMGO e-bike menggunakan mod percutan pendikit dengan 3 tahap had kelajuan. Pengguna boleh menukarkan tahap berdasarkan pilihan kelajuan
Xiaomi Mijia Qicycle elektrik basikal menggunakan mod pecutan bantuan pedal
Kenapa rakyat Malaysia lebih cenderung ke arah penggunaan e-basikal?
Maklumat telah dikumpul berdasarkan ulasan setiap pengguna model itu dan berikut merupakan aspek yang dapat mendorong keyakinan masyarakat Malaysia untuk memiliki sebuah e-basikal:

AZ e-bike - kedai e-basikal yang terletak di Klang yang menawarkan pelbagai produk e-basikal dan sokongan selepas jualan
- Menggalakkan penjimatan yang optimum kerana lebih murah berbanding membayar petrol kenderaan seperti motosikal dengan bilangan komponen bergerak yang kurang pada e-basikal berbanding motosikal. Tambahan pula, kos penyelenggaraan yang minimum dengan hanya perlu mengganti bateri e-basikal setelah mencapai 600 kali pusingan pengecasan penuh.
- Penyediaan buku panduan yang lengkap untuk pemasangan sendiri komponen e-basikal apabila membuat pembelian atas talian atau siap dipasang apabila membeli terus di kedai.
- Perkhidmatan penghantaran atas talian ke serata negeri dan kebanyakannya tersedia melalui aplikasi e-dagang yang terkemuka seperti Lazada dan Shopee.
- Spesifikasi reka bentuk yang selesa dengan keperluan keselamatan yang teguh sesuai untuk perjalanan jarak pendek dan mendaki bukit. Meringankan beban golongan suri rumah, penghantar makanan dan pelajar sekolah untuk membawa barangan berat seperti barangan runcit, pesanan makanan dan beg sekolah.
- Meningkatkan stamina dan produktiviti semasa berekreasi atau berulang-alik ke tempat kerja.

Model yang sangat popular diiklankan di Lazada dengan 69 pembeli memberikan penilaian yang baik
Tidak semua orang gemar berbasikal tetapi mereka lebih gemar untuk e-berbasikal
Kesimpulannya, pelaksanaan PKPB perlu sehala dengan polisi kesihatan dan keselamatan yang intensif agar kadar kes jangkitan pandemik dapat dikurangkan. Penghuraian dalam segmen ini jelas membuktikan bahawa e-basikal sebagai mod pengangkutan yang selamat dari jarak jauh, dapat mengubah gaya hidup terkini dan mempunyai evolusi tersendiri seperti kereta, serta memudahkan perjalanan di kawasan bandar tanpa mencemarkan alam sekitar. Memutuskan sama ada pemilikan e-basikal itu lumayan atau tidak akhirnya bergantung kepada pengguna dan kaedah terbaik untuk menilai e-basikal itu adalah dengan menunggangnya. Nantikan artikel kami seterusnya yang mana kami membandingkan spesifikasi produk e-basikal pada harga RM1000 hingga RM2000 dan bagaimana penjimatan kos terjadi apabila menggunakannya.

